Sunday, February 8, 2009

Mesyuarat Penyelarasan j-QAF Kali Pertama



Alhamdulillah pada hari Sabtu yang lalu ( 7/2/2009) pihak Unit j-QAF Panitia Pendidikan Islam SK Kedawang telah berjaya menganjurkan mesyuarat penyelarasan peringkat unit j-QAF. Kehadiran semua guru j-QAF telah membuktikan semangat dan komitmen guru2 dalam menjayakan setiap aktiviti serta perancangan yang telah digariskan. Antara agenda yang disenaraikan termasuk taklimat penggunaan Program Pengurusan Data j-QAF yang dibangunkan oleh Us Ahmad Tarmizi Ismail (SKPM). Pihak j-QAF SK Kedawang merakamkan jutaan penghargaan di atas keizinan yang diberikan oleh Us Ahmad Tarmizi untuk menggunakan sistem tersebut.




Majlis telah dimeriahkan dengan jamuan yang disediakan oleh Ustazah Azaliza, Ustazah Siti dan Ustazah Sabriah, nikmat pulut sekaya, tepung talam dan nasik dagang cukup membuatkan guru2 tak sabaq2 nak mai mesyuarat yang akan datang pulak... Harapan agar ukhuwah yang dibina akan membantu menguatkan lagi kebersamaan dalam setiap gerak kerja yang telah digariskan, InsyaAllah.

Saturday, February 7, 2009

AHLAN WA SAHLAN..


Pihak j-QAF SK Kedawang mengucapkan Ahlan Wa Sahlan kepada guru j-QAF yang baru iaitu Ustaz Haizad Bin Saad. Berikut biodata beliau untuk sama2 kita kenali..

Asal : Pekan Darat, Sg Dua, Butterworth.
Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Syariah, Universiti Al-Azhar, Damanhur, Mesir.
Status : Berkahwin
Isteri : Salina Binti Ismail
Berkhidmat : SMK Kedawang, Langkawi.
Maktab : IPGM Kampus Darul Aman, Bandar Darul Aman, Jitra.
Mula Berkhidmat : 2/2/2009

Pihak j-QAF SK Kedawang mengucapkan selamat bertugas dan semoga dengan kehadiran 
beliau dapat meningkatkan lagi kekuatan j-QAF SK Kedawang dan daerah Langkawi, InsyaAllah.

Tuesday, January 20, 2009

Solat Hajat Untukmu Gaza

Alhamdulillah...
Pagi selasa nan hening tepat jam 830 pg warga SK Kedawang telah berjaya melaksanakan tanggungjawab sekadar termampu dalam membantu saudara2 mereka yang menderita di Palestin. Rasulullah SAW bersabda : " Tidak sempurna Iman seseorang itu sehingga dia menyayangi saudaranya sepertimana dia menyayangi dirinya sendiri ".

Edaran tabung 'Untukmu Gaza' juga dilancarkan bagi mengutip seberapa banyak sumber kewangan untuk disalurkan kepada mangsa2 serangan ganas Israel di Gaza. Pihak sekolah juga bersetuju untuk memohon sumbangan ibubapa melalui Persatuan Ibubapa dan Guru SK Kedawang. 

Harapan seluruh warga SK Kedawang agar usaha ini mampu meringankan bebanan yang amat hebat yang ditanggung oleh mangsa2 peperangan di Palestin selain usaha yang kecil ini mampu menggerakkan hati2 kita untuk sama2 memikirkan bagaimana caranya membantu mereka dengan menggunakan berbagai saluran dan aktiviti yang terlintas di benak fikiran kita..


Semoga Allah mengampunkan dosa2 kita dan memberi kemenangan kepada Islam..
Allahummansuril Islam wal Muslimin..Aaamin.

Solat Hajat yang dijalankan di Dataran Lestari SK Kedawang disertai pelajar2 Tahun 5 dan 6


Pelajar2 perempuan juga tidak ketinggalan menunjukkan rasa kebersamaan mereka membantu saudara2 mereka di Palestin


KEINSAFAN...