Thursday, November 13, 2008

LABUH TIRAI SESI 2008

Tahun 2008 persekolahan akan menutup tirainya hari ini. Pihak j-QAF SK Kedawang mengambil kesempatan memohon jutaan kemaafan jika sepanjang sesi persekolahan tahun ini terdapat salah dan silap yang sengaja atau tidak sengaja dilakukan. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa-dosa kita dan diberkati setiap amalan kita sepanjang perkhidmatan kita tahun ini. Harap berjumpa lagi tahun hadapan. Kami mendoakan semua anak2 didik kami diberkati dan dilindungi Allah selalu. 

Selamat bercuti dan jumpa lagi tahun hadapan...

MOHD ROKHAIMI BIN ZAKARIA
AHMAD NASIR BIN AWANG
NAZMI BIN NATZERI
SABRIAH BINTI WAHAB
NOR AZALIZA BINTI MUSA
SITI RASHIDAH BINTI MAT NOOR
Tahun depan tambah lagi sorang InsyaAllah..

Wassalamualaikum...........................................

Wednesday, November 12, 2008

KEM LITERASI AL-QURAN 2008

12 NOV 2008 - PROGRAM TERAKHIR sebelum menutup tirai aktiviti j-QAF Daerah Langkawi pada sesi persekolahan 2008 ialah Kem Literasi Al-Quran yang diadakan di Masjid Al-Hana, Kuah Langkawi dengan melibatkan murid-murid iqra 1-3 sekolah-sekolah program j-QAF di Langkawi.

Kem Literasi Al-Quran kali ini melibatkan seramai 80 orang peserta dan 20 orang Fasilitator. Kem ini bermatlamat untuk membimbing murid-murid yang belum menguasai kemahiran Iqra' sehingga sekurang-kurangnya menguasai Iqra' 4. Setiap sekolah yang melaksanakan program j-QAF perlu menghantar sekurang-kurangnya 5 orang peserta ke kem tersebut. j-QAF SK Kedawang menghantar 8 orang pelajar dari kalangan murid tahun 3 mewakili SK Kedawang ke program tersebut.

Berikut antara gambar2 semasa kem berlangsung :












Tuesday, November 11, 2008

HARI ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 2008

10-11 Nov 2008 - Hari Anugerah Pelajar Cemerlang pada tahun ini dianjurkan selama 2 hari berturut-turut bagi memberi ruang yang cukup kepada majlis penyampaian hadiah pelajar2 yang berjaya. Kategori yang diambil kira dalam majlis penyampaian hadiah tahun ini adalah A dalam mana2 matapelajaran, Kedudukan dalam kelas, kehadiran penuh dan peningkatan 10% matapelajaran. Seramai lebih kurang 900 orang pelajar terpilih menerima hadiah pada tahun ini. 

Berikut antara panorama sepanjang 2 hari majlis berlangsung : 
















Thursday, November 6, 2008

MALAM TAUTAN KASIH 2008

Baru-baru ini pihak PIBG SK Kedawang mengorak selangkah ke hadapan dalam usaha memantapkan lagi aktiviti tahunannya. Dengan kerjasama Aseania Hotel pihak PIBG SK Kedawang berjaya menganjurkan majlis makan malam amal yang berjaya mencapai sasaran kutipan dana untuk aktiviti tahun hadapan. Kerjasama erat antara para waris dan pihak sekolah begitu jelas nyata dengan penganjuran majlis yang disifatkan amat harmoni dan berjaya ini.

Pada malam tersebut majlis dimulakan dengan ucapan aluan guru besar dan VIP jemputan, seterusnya diteruskan dengan majlis jamuan sambil diselangi dengan cabutan bertuah dan persembahan pelajar. Antara persembahan pada malam itu ialah Sketsa Doktor Muda yang mendapat tempat Kedua Kebangsaan, Dikir Barat Bahasa Arab yang mendapat tempat ketiga peringkat Negeri, Kalam Jamaie yang mendapat tempat ketiga daerah. Selain itu terdapat persembahan2 lain yang mewarnai lagi majlis yang penuh dengan kemeriahan itu. 

Pihak j-QAF SK Kedawang mengucapkan tahniah dan syabas kepada warga kerja Majlis Malam Tautan Kasih 2008 yang bertungkus lumus dalam menjayakan majlis yang julung2 kali diadakan ini.

Berikut dititipkan antara panorama menarik sepanjang majlis berlangsung :
















Tuesday, October 28, 2008

SEKITAR IHTIFAL j-QAF DAN MKQ NEGERI KEDAH 2008

Persembahan Pasukan Dikir Barat SK Kedawang mewakili Daerah Langkawi dalam Ihtifal j-QAF dan Majlis Khatam Al-Quran Sekolah2 Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Negeri Kedah yg berlangsung di SMK Kuala Nerang pada 18 Oktober yang lalu. [Lihat video di bawah]

Pasukan kita berjaya mendapat tempat ketiga bagi keseluruhan daerah yang bertanding. Diucapkan tahniah kepada semua yang bertungkus lumus menjayakan pasukan ini terutamanya cikgu Kasyfullah, cikgu Samsuddin, cikgu Puteri, cikgu Wan Azizah, cikgu Zifni, Ustazah Azaliza, Ustaz Nasir dan semua individu yg memberi sumbangan samada secara langsung mahupun tidak langsung.. 

Sedikit warna-warni majlis ingin dikongsikan bersama..

Cikgu Kasya dan Cikgu Sudin sibuk melayan karenah anak2 mereka. Berbetulan pula mereka diamanahkan sebagai guru pengiring pasukan Dikir Barat bersama Ustazah Azaliza dan Cikgu Puteri Nurul Aish.

Bersahaja dan penuh warna-warni. Yang paling mahai kain sampin...diperbuat daripada batik tenun asli keluaran Haji Ismail Group.

Pose yang istimewa yang sempat dirakam. Gaya ini diilhamkan oleh seorang guru bernama cikgu Rizal...penuh gemalai..




Tuesday, October 21, 2008

SELAMAT BERKURSUS!

Kursus Pemantapan Guru-Guru j-QAF 2008 bagi daerah Langkawi bermula dengan lancar dengan majlis dimulakan dengan slot Cetusan Minda yang disampaikan oleh Ustaz Rifae bin Ismail Pegawai jQAF Daerah Baling/Sik. Kursus ini akan berlangsung selama 2 hari bertempat di PKG Kuah, Langkawi akan berakhir dengan ucapan penutup serta rumusan kursus yang akan dikendalikan oleh Tn Hj Mohd Rushdan Azizan Penolong Pengarah Kurikulum (Teras) JPN Kedah. Semoga program tahunan anjuran JPN ini akan memberi input berguna kepada warga pendidik di Daerah Langkawi khususnya warga j-QAF. InsyaAllah j-QAF Tanpa Gagal.














KEINSAFAN...