Thursday, November 6, 2008

MALAM TAUTAN KASIH 2008

Baru-baru ini pihak PIBG SK Kedawang mengorak selangkah ke hadapan dalam usaha memantapkan lagi aktiviti tahunannya. Dengan kerjasama Aseania Hotel pihak PIBG SK Kedawang berjaya menganjurkan majlis makan malam amal yang berjaya mencapai sasaran kutipan dana untuk aktiviti tahun hadapan. Kerjasama erat antara para waris dan pihak sekolah begitu jelas nyata dengan penganjuran majlis yang disifatkan amat harmoni dan berjaya ini.

Pada malam tersebut majlis dimulakan dengan ucapan aluan guru besar dan VIP jemputan, seterusnya diteruskan dengan majlis jamuan sambil diselangi dengan cabutan bertuah dan persembahan pelajar. Antara persembahan pada malam itu ialah Sketsa Doktor Muda yang mendapat tempat Kedua Kebangsaan, Dikir Barat Bahasa Arab yang mendapat tempat ketiga peringkat Negeri, Kalam Jamaie yang mendapat tempat ketiga daerah. Selain itu terdapat persembahan2 lain yang mewarnai lagi majlis yang penuh dengan kemeriahan itu. 

Pihak j-QAF SK Kedawang mengucapkan tahniah dan syabas kepada warga kerja Majlis Malam Tautan Kasih 2008 yang bertungkus lumus dalam menjayakan majlis yang julung2 kali diadakan ini.

Berikut dititipkan antara panorama menarik sepanjang majlis berlangsung :
















KEINSAFAN...