Saturday, April 4, 2009

'TOUCH-UP' SURAU SAMA2..!

---------------------------------------------------------------------------------
Tempat : Surau As-Solihin
Tarikh : 4 April 2009
Masa : 9.00 pg - 2.00 ptg
Penglibatan : Semua GPI SK Kedawang
---------------------------------------------------------------------------------
Sedang siapkan carta organisasi surau dengan penuh konsentrasi depan ketua panitia yang tengah 'memantau' kerja2 anak2 buah...haha lawak ja..

Pakat bawak anak masing2...maklumla pengasuh takmau jaga...kan cuti..

Ustaz Izwan rajin lak hari ni...taktau pasaipa..mesti ada pasai ni..hmmmm heheh

Siap bukak2 fail lagi, nampak rajin betul... Adakah ini satu lakonan? Anda nilailah sendiri...

Bila jarum jam dah berhimpun kat angka 12 mula la kerja jadi berat semacam...ibarat macam mengangkat kotak2 pinggan mangkuk isteri dalam Idaman Suri..hmmm

Last2 ajak anakanda hiburkan hati...main game..

Tapi apa pun yang berlaku, tanggal 4 April telah berjaya menyelesaikan banyak kerja yang tertangguh sekian lama..Tahniah GPI SK Kedawang..

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL dan MAJLIS PERPISAHAN GURU BESAR

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Nama Program : Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2009
Tempat : SK Kedawang dan Masjid Ar-Rahman 
Tarikh : 31 April 2009
Masa : 8.00 pg - 12.00tgh
Penyelaras : Ustaz Ahmad Nasir Awang
Penglibatan : Semua Guru.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Murid khusyuk menyaksikan persembahan dari pasukan Kompang Selawat, Tilawah Al-Quran, Hafaz Al-Quran dan Bercerita yang telah menyertai Majlis Tilawah Al-Quran peringkat daerah yang lalu.

Peserta bercerita Adik Syamiza Syahira sedang menyampaikan ceritanya.

Majlis Maulidur Rasul disempurnakan dengan sesi ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Malik Isa dari SK Kelibang

Pelajar perempuan memenuhi ruang belakang masjid

Tahap disiplin pelajar semasa dalam masjid boleh dikira memuaskan. 

Ustaz Ahmad Nasir memperkenalkan penceramah jemputan Ustaz Abdul Malik Isa

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Nama Program : Majlis Jamuan Perpisahan Tn Hj Din bin Ibrahim
Tempat : Kafeteria SK Kedawang
Tarikh : 31 April 2009
Masa : 12.00tgh
Penyelaras : Badan Kebajikan Staf (Ustaz Zamferi Ibrahim)
Penglibatan : Semua Guru.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Cikgu Din kelihatan mencedok nasik untuk semua guru, 'khidmat' terakhir beliau sebelum memulakan khidmat di sekolah baru, SK Kelibang.

Ustaz Izwan dan Cikgu Azrul sedang cuba mendapatkan ketulan ayam yang terakhir dalam
tray..yang akhirnya dimenangi oleh ustaz Izwan..haha

Dalam masa lima minit saja semua cikgu dah dapat makan, memang depa pakar dalam aspek2 'menguruskan' makanan nii.. 

Sayonara Cikgu Din, semoga kenangan manis bersama cikgu akan dikenang sampai bila2..

KEINSAFAN...