Friday, August 15, 2008

Kem Smart Solat dan Motivasi Diri 2008




Kem Smart Solat dan Motivasi Diri merupakan sebuah program yang melibatkan murid2 Tahun 5, program ini di anjurkan dengan kerjasama tiga pihak iaitu Unit Bimbingan dan Kaunseling, Panitia Pendidikan Islam dan Pusat Islam Universiti Utara Malaysia.

Seramai 97 orang peserta menyertai program ini manakala fasilitator pula adalah dari kalangan mahasiswa2 dari UUM. Program ini bermula pada petang tadi 15hb Ogos 2008 (Jumaat) dan akan berakhir pada tengahari 16hb Ogos 2008 (Sabtu).

Thursday, August 14, 2008

MAKLUMAN TERKINI..

Para waris murid2 j-QAF yang dirahmati Allah..

Mulai bulan September ini pihak blogmaster jqafskkedawang.blogspot.com akan mewujudkan ruangan khas di dalam blog ini untuk para waris menyemak Rekod Pencapaian Murid dalam Khatam Al-Quran, Jawi, Kem Bestari Solat dan Bahasa Arab bagi Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3 dan Tahun 4.

Kami juga amat berbesar hati jika para waris dapat memberi komen dalam ruangan yang akan disediakan nanti bagi melihat anak-anak kita dapat berjaya bukan sahaja di dunia lebih2 lagi di akhirat..InsyaAllah.

Tuesday, August 12, 2008

PEMBELAJARAN MAYA BAHASA ARAB

Assalamualaikum pengunjung-pengunjung blog j-QAF SK Kedawang..


Sekadar sebagai makluman awal, pihak blog master jqafskkedawang akan melancarkan ruangan baru di dalam blog ini iaitu Pembelajaran Maya Bahasa Arab bersama Ustaz Ahmad Nasir Awang, segala bahan2 pengajaran dan pembelajaran berkaitan Bahasa Arab akan dimuatkan sama dengan moderatornya ialah Ustaz Ahmad Nasir sendiri, insyaAllah diharapkan ianya akan memberi manfaat kepada semua (terutama anak2 murid ustaz nasir di SK Kedawang)...

Saturday, August 9, 2008

Hayati ISRA' dan MI'RAJ... Selamat Datang ya RAMADHAN

Bulan Syaaban baru saja menyingkap tirainya. Maka semakin terasa dekatnya pertemuan dengan bulan mulia lagi penuh rahmat, iaitu Ramadan al-mubarak. Namun, di penghujung Rejab yang baru berlalu, kita terpanggil untuk merenung sejenak peristiwa yang besar dan bermakna bagi seluruh umat. Peristiwa yang dimaksudkan itu ialah peristiwa Israk Mikraj yang menakjubkan, yang berlaku pada malam 27 Rejab, tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi Muhammad SAW.

Israk dan Mikraj adalah dua peristiwa yang amat besar dan luar biasa yang dialami oleh Nabi Muhammad SAW dan dianggap sebagai satu penganugerahan yang tinggi nilainya dari segi kerohanian. Kedua-dua peristiwa itu adalah kurnia Allah SWT kepada baginda untuk memperlihatkan tanda keagungan dan kekuasaan-Nya.

Sungguhpun peristiwa luar biasa yang terjadi setahun sebelum Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah itu mustahil dapat dijangkau oleh alam pemikiran manusia, namun kita selaku umat Islam wajib percaya dan meyakini bahawa Israk Mikraj yang ditempuhi serta dialami oleh Nabi Muhammad SAW adalah benar dan berlaku dengan roh dan jasadnya sekali. Segala-galanya boleh berlaku dengan kehendak dan kekuasaan Allah selaku Pencipta dan Pentadbir alam semesta.

Israk bererti perjalanan Nabi SAW dari Masjidilharam di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis di Palestin. Peristiwa ini terakam di dalam Al-Quran, sepertimana firman Allah yang bermaksud :

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil-Haraam (di Mekah) ke Masjidil-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

(Q.S. Al-Israa’: 1).

Sementara itu, Mikraj pula merujuk kepada perjalanan baginda SAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratulmuntaha di langit ketujuh, dekat singgahsana Allah SWT sepertimana yang digambarkan oleh Al-Quran yang bermaksud:

“Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi di sisi “Sidratul-Muntaha”; yang di sisinya terletak syurga “Jannatul-Makwa”. (Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa “Sidratul-Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya.”

(Q.S. An-Najm: 13-18).

Oleh itu, Israk Mikraj dapat disimpulkan sebagai satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, kemudian naik ke langit sampai ke Sidratul Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.

Salah satu inti penting daripada peristiwa Israk dan Mikraj ialah perintah solat yang diterima Nabi SAW di Sidratulmuntaha. Pada mulanya Allah SWT memberi perintah supaya mengerjakan solat (sembahyang) 50 waktu sehari semalam. Tatkala bertemu dengan Nabi Musa Alaihi Salam di langit keenam, Muhammad SAW menceritakan perintah yang diterimanya daripada Allah. Lalu Nabi Musa menyarankan agar baginda kembali menghadap Allah SWT untuk memohon keringanan, dengan alasan bahawa umatnya tidak akan sanggup melaksanakan solat 50 waktu itu. Disebabkan terlalu sayangkan umatnya, Nabi SAW menerima saranan itu. Ia pun kembali menghadap untuk memohon keringanan. Permohonan itu berulang sampai 9 kali hinggalah Allah SWT mengabulkannya dengan mengurangi waktu solat menjadi hanya 5 kali sehari semalam.

MAJLIS PENGHAYATAN ISRA' DAN MI'RAJ PERINGKAT
SK KEDAWANG 1429H


Majlis Sambutan Isra' dan Mi'raj Peringkat SK Kedawang di adakan pada 9 Ogos 2008 bertempat di Masjid Ar-Rahman Kedawang. Penceramah yang dijemput adalah Al-Fadhil Ustaz Mohd Zakir bin Majid iaitu seorang guru agama dari Sekolah Kebangsaan Ulu Melaka, Langkawi. Berikut antara beberapa coretan suasana semasa majlis berlangsung.








Monday, August 4, 2008

'SAHABAT BANTU RAKAN' amat berkesan..






Satu kajian yang dilakukan di sekolah ini menunjukkan kaedah 'sahabat bantu rakan' amat berkesan dalam mempertingkatkan kemampuan dan kecemerlangan murid.

Pihak jQAF SK Kedawang baru2 ini ada membuat projek rintis program 'Sahabat Bantu Rakan' dalam memperkasakan lagi kaedah pembelajaran Khatam Al-Quran di kalangan murid jQAF SK Kedawang. Secara umumnya kaedahnya bolehlah dilakarkan seperti berikut :

1. Kumpulkan murid yg berminat untuk menyertai program ini.
2. Kenalpasti murid yg disasarkan untuk dipulihkan.
3. Lakukan perjumpaan antara Sahabat (murid turus) dengan Rakan (murid pemulihan)
4. TUGASAN : Beri tugasan kepada Rakan supaya berusaha memperbaiki tahap bacaan
iqra'nya dan berikan juga tugasan kepada Sahabat untuk membantu, memantau dan
memastikan kejayaan Rakannya.
5. Pasangan ini akan diberi target/sasaran yg mesti dicapai dalam tempoh 1 bulan pertama
program ini dan sentiasa dipantau guru yg bertugas melalui Kad Sahabat Bantu Rakan yg
diberikan kepada mereka.
6. Setelah tamat 1 bulan percubaan pasangan yg berjaya mencapai sasaran yg diletakkan akan
diberi ganjaran berupa wang tunai / hadiah / apa saja yg difikirkan sesuai oleh guru.
7. Kejayaan mereka juga akan dipaparkan di papan kenyataan bilik jQAF (gambar), blog jQAF
sekolah dan juga akan diumumkan semasa perhimpunan sekolah.
8. Bagi pasangan yg kurang berjaya, guru akan memberi target yg kedua kepada mereka iaitu
lanjutan tempoh 1 bulan lagi.

Kesimpulannya, program yg dijalankan ini lebih kepada satu usaha membangkitkan keinginan bersaing ke arah kebaikan di kalangan anak2 didik kita. Kita hnya mencetuskan, mereka yg akan membentuk suasana persaingan ini. Dengan doa kita panjatkan semoga anak2 kita diberkati sentiasa..Amin. Sekian.

Sunday, August 3, 2008

Patah Tumbuh Hilang Berganti..


Guru-guru pendidikan Islam SK Kedawang mengucapkan sekalung tahniah di atas pelantikan Ketua Panitia Pendidikan Islam SK Kedawang yg baru iaitu Al-Fadhil Ustaz Mohd Izwan bin Idris ( layari juga laman blog beliau : http://wanderis.blogspot.com ). Semoga dengan pelantikan beliau akan memberi inspirasi baru kepada warga kedawang khususnya warga panitia P.Islam menyumbang tenaga membangunkan panitia serta meletak nama SK Kedawang di persada dunia..InsyaAllah.


Pihak guru-guru pendidikan Islam sekolah ini juga mengucapkan selamat berjaya kepada Ustaz Radzi Abu Hassan mantan ketua panitia yang sekarang sedang menyambung pelajaran di Institut Aminuddin Baki (IAB) Genting Highland. Semoga beliau diberkati Allah selalu dan dapat menggapai kejayaan yang dihajati..

KEINSAFAN...