Sunday, July 27, 2008

KELAB RAKAN j-QAF SK KEDAWANG

PENGENALAN

Program jQAF yang digagaskan oleh YAB Perdana Menteri merupakan satu program mega bagi membentuk modal insan berminda kelas pertama melalui pembentukan sahsiah serta peribadi muslim bermula dari sekolah rendah lagi. Program ini amat memerlukan kerja keras dari semua pihak khususnya para guru, ibu bapa dan pelajar bagi memastikan ianya terlaksana seperti yang telah digariskan. Untuk itu pihak Panitia Pendidikan Islam bercadang menubuhkan sebuah organisasi yang diberi nama Kelab Rakan j-QAF SK Kedawang. Kelab ini diwujudkan bagi memperkasakan lagi tenaga yang ada di sekolah bagi sama-sama berusaha merealisasikan hasrat memperkasakan pendidikan Islam. Adalah menjadi harapan semua agar penubuhan kelab ini akan dapat menyumbang ke arah memperkasakan lagi j-QAF di sekolah ini dan juga InsyaAllah di seluruh negara.

OBJEKTIF

Ø Menjana tenaga ahli kelab sebagai mentor Bestari Solat, Khatam Al-Quran, Jawi dan Bahasa Arab bagi murid-murid j-QAF SK Kedawang.

Ø Memanfaatkan tenaga ahli kelab dalam setiap program yang berkaitan dengan pendidikan Islam di SK Kedawang.

Ø Mewujudkan rasa kebersamaan di kalangan ahli kelab untuk mendidik dan membimbing murid-murid j-QAF ke arah menjadi insan kamil.

Ø Merapatkan ukhuwah Islamiah di antara guru dengan murid dan murid dengan murid.


SASARAN

Murid-murid terpilih dari Tahun 5 dan 6 .


AKTIVITI


Sebahagian dari ahli-ahli Kelab Rakan j-QAF yang hadir semasa Kem Bestari Solat fasa 2 yang lalu.


Sebagai fasilitator semasa Kem Bestari Solat 2008 Fasa 2


Ahli Kelab Rakan j-QAF juga terlibat sebagai pengiring kontinjen peserta ke Majlis Khatam Al-Quran peringkat daerah tahun 2007


Ahli Kelab juga terlibat dalam gotong-royong membersihkan kawasan dalam masjid Kedawang dan persekitarannya pada sambutan Maal Hijrah tahun lalu.

Saturday, July 26, 2008

Selamat Menghadapi Ujian Bulan Julai

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN

AHAD (27 JULAI 2008) -

Bahasa Arab : Tahun 1 - 2.30 ptg - 3.30 ptg
Tahun 2 - 2.30 ptg - 3.30 ptg
Tahun 3 - 2.30 ptg - 3.30 ptg

SELASA (29 JULAI 2008)

Pendidikan Islam : Tahun 1 - 2.30 ptg - 3.30 ptg
Tahun 2 - 2.30 ptg - 3.30 ptg
Tahun 3 - 2.30 ptg - 3.30 ptg


Selamat Menghadapi Peperiksaan...

KEMUDAHAN jQAF SK KEDAWANG

Pandangan dari hadapan Surau As-Solihin


Pondok Bahasa Arab



Laluan berbumbung yang baru dibuka hasil sumbangan PIBG SK Kedawang memudahkan pelajar ke surau terutama pada waktu hujan.



Murid sentiasa mengimarahkan surau bukan sahaja pada waktu P&P tetapi juga di luar waktu sekolah.

Tuesday, July 22, 2008

Kem Bestari Solat Fasa 2

NAMA PROGRAM : KEM BESTARI SOLAT 2008 FASA 2

PENGANJUR : Unit j-QAF, Panitia Pendidikan Islam, SK Kedawang

TARIKH : 9 dan 10 MEI 2008

TEMPAT : Perkarangan SK Kedawang

FASILITATOR:

Ustaz Radzi Abu Hassan

Ustaz Ahmad Nasir Awang

Ustaz Mohd Rokhaimi Zakaria

Ustaz Nazmi Natzeri

Ustazah Haslina Hashim

Ustazah Nor Azaliza Musa

Ustazah Sabriah Wahab











KEINSAFAN...