Wednesday, October 15, 2008

Suasana Zuhur di Surau As-Solihin...

Tiada perkataan yg dapat menggambarkan betapa gembiranya bila dapat lihat anak2 kita berjaya. Lebih manis lagi kalau mereka dapat jadi insan..bukan setakat manusia. Setelah berbagai panduan,tunjuk ajar yg kita beri...sekejap saja kita dah dapat tengok hasilnya. Dulu masa sebelum jadi ustaz, guru saya pernah kata, "...nanti kalu hampa jadi cikgu waktu yg hampa rasa paling bahagia apabila dapat lihat anak2 murid hampa berjaya". Kata2 itu masih lagi segar dalam ingatan...memang betul, inilah keistimewaan hati seorang guru.. Pada saya cukuplah anak2 ini membesar dengan mengenal siapa Tuhannya, siapa RasulNya, siapa Ibubapanya, siapa gurunya... Pasti mereka akan bahagia dunia dan akhirat...


Waktu rehat: Sedang pakai kasut, setelah selesai solat...depa ni datang solat dulu lepas tu baru pergi makan...terbiasa sendiri...ustaz ustazah tak paksa pun..mungkin depa dah berjaya hidupkan budaya baru...'biah solehah'


Anak2 puteri solat tanpa pakai telekung, ustaz ustazah cakap pakai stoking ja..mungkin bila umur mereka dah meningkat insyaallah mereka akan pakai telekung..


Solat waktu umur2 macam depa ni macam biasa la...laju macam kilat..tapi kalau ustaz ada di belakang pandai lak 'cover' tu...ustaz2 pun dah paham tabiat depa ni...cuma peringatan dan ilmu mestilah terus dipahat dalam sanubari mereka..


Yang paling penting anak2 ini dah mampu berkata kepada kawan2 depa, '...jom kita pi semayang dulu, satgi masuk asaq takdan nak semayang...' ataupun dialog ni.. '..ustat suruh kita semayang jemaah, pahala dapat banyak...'. Dialog2 ni terbit dari mulut anak2 yg masih kecil..tapi walaupun masih kecil mereka menerima ilmu, mereka mampu faham dan mereka mampu mengamalkannya.
Tahniah ustaz ustazah, banggalah anda kerana terpilih menjadi penyambung mata rantai perjuangan Rasulullah SAW...

KEINSAFAN...