Thursday, August 13, 2009

Solat Hajat H1N1..


Alhamdulillah pagi tadi selesai sudah Majlis Solat Hajat yang dianjur serta disusun oleh Persatuan Agama Islam SK Kedawang.. Tujuan mengadakan solat hajat adalah untuk memohon kepada Allah SWT agar semua dilindungi serta dihindari dari penyakit bawaan virus H1N1.. Solat diimamkan oleh Ustaz Haizad bin Saad serta Ustaz Nazmi Natzeri sebagai pentazkirah.. Majlis bermula tepat 8 pagi dan berakhir kira2 setengah jam selepas itu.. Dalam Tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Nazmi beliau ada menyentuh mengenai bala serta ujian yang Allah SWT turunkan kepada umat manusia yang makin lalai serta alpa dengan dunia.. Menurut beliau masyarakat kini sudah semakin melupakan Allah SWT dan semakin meninggalkan segala suruhan Allah termasuk solat.. Maka menurut Ustaz Nazmi tidak menjadi masalah untuk Allah SWT menghancurkan sesuatu kaum dan menggantikannya dengan kaum lain, jika kita masih alpa dan leka dengan maksiat yang kita lakukan maka samalah seperti kita cuba mengundang bala Allah yang pastinya menyeksakan dan pedih sekali..

Murid sedang membuat persiapan terakhir sebelum majlis berlangsung..

Solat di dataran perhimpunan sekolah memang memberikan 'feel' yang berbeza..
Semua telah bersedia di atas sejadah masing-masing..

Tazkirah sedang disampaikan oleh Ustaz Nazmi Bin Natzeri..

Kaifiyat Solat Hajat diterangkan oleh Ustaz Haizad sejurus sebelum Solat hajat dilaksanakan..

Guru juga turut bersama dalam memohon serta mengadu kepada Allah SWT..

Moga2 dengan permohonan serta rayuan yang penuh sayu pada hari ini akan mendapat perkenan Allah SWT...Aamin..

Kem Bestari Solat Fasa III

Nama Program : Kem Bestari Solat 2009 Fasa III

Anjuran :
Unit j-QAF Panitia Pendidikan Islam, SK Kedawang.
Tempat :
Sekitar SK Kedawang
Penglibatan :
Murid Tahun 5
Tarikh / Masa :
8 Ogos 2009 / 7.30pg hingga 12.00 tgh
Fasilitator :
1. Us Mohd Izwan Idris
2. Us Mohd Rokhaimi Zakaria
3. Us Nazmi Natzeri
4. Us Haizad Saad
5. Us Nor Azaliza Musa
6. Us Siti Rashidah Mat Noor
7. Us Haslina Hashim
8. Us Saudah Ahmad
9. Us Sabriah Wahab
10. Us Adibah Yaakob
Tidak Hadir
9. Us Che Salmah Abdullah
10. Us Maimunah Md Zain

Ulasan :
Majlis bermula lewat disebabkan ada beberapa fasilitator yang sampai lambat. Disebabkan perjalanan kem kali ini dibuat berdasarkan program ala 'treasure hunt' maka setiap check point mesti menempatkan fasilitator yang mencukupi. Keseluruhannya perjalanan program lancar dan berjaya ditamatkan tepat jam 12 tengahari.

Gambar :

Peserta sedang berusaha mencari lokasi 'check point' berdasarkan peta yang diberikan..

Sampai di 'check point' ada tugasan dan aktiviti yang perlu peserta lakukan..

Setiap peserta perlu memastikan ahli kumpulan mereka menguasai setiap tugasan atau 'task' yang fasilitator berikan...jika tidak borang kumpulan mereka tidak akan ditandatangani..

Ketua kumpulan memainkan peranan mencaturkan perancangan kumpulan, jika kena gaya kumpulan mereka akan mencapai kemenangan..

Praktikal Masbuk dan Muwafiq turut sama diuji..

Penumpuan kepada penguasaan kemahiran individu diberi perhatian di setiap 'check point'..
"...Baru dapat 1 tandatangan di 'check point' 6... Banyak lagi tuu...!"

Fasilitator bukan setakat menguji malah membantu...

Serius dan tegas juga penting dalam memastikan kem berjalan dengan lancar dan mengikut perancangan yang telah digariskan..

Aspek penguasaan bacaan menjadi tumpuan utama kem kali ini..

'Check point' Azan dan Iqamah..

Penyediaan hadiah kepada para pemenang..

Makan 'time...!

Tahniah kepada pemenang...cuba lagi kepada yang belum berjaya..

Ustaz Nasir ; Selamat Bertugas Di Tempat Baru..

Tanggal 1 Ogos 2009 genaplah secara rasminya 3 tahun perkhidmatan Us Ahmad Nasir bin Awang di SK Kedawang. Beliau akan memulakan lembaran baru dalam kerjayanya apabila ditawarkan berkhidmat di Kolej Universiti Insaniah, Alor Setar sebagai tutor di sana. Pihak j-QAF SK Kedawang mengambil kesempatan merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah di atas kejayaan tersebut dan berharap beliau akan memberi komitmen tinggi di tempat baru. Selain itu pihak j-QAF SK Kedawang juga mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih di atas segala sumbangan beliau terhadap kejayaan sekolah ini dan usaha-usaha beliau dalam memperkasakan j-QAF khususnya Bahasa Arab di SK Kedawang.. Segala kenangan manis dan pesanan berharga Us Nasir yang dikongsi bersama akan kami simpan sebagai azimat dalam meneruskan perjuangan memartabatkan Pendidikan Islam di bumi Kedawang..InsyaAllah.

Rakan-rakan dari belia Kedawang datang membantu mengangkat barangan Us Nasir..

Yang berat akan jadi ringan bila ada sikap saling tolong-menolong..

Sebelah malamnya diadakan majlis doa selamat sempena keberangkatan Us Nasir ke tempat baru selain meraikan majlis perpisahan beliau.. Majlis ini diatur khas oleh salah seorang penduduk Kedawang..

Us Nasir terbukti menjadi permata yang disayangi masyarakat Kedawang..

Sebahagian hadirin yang hadir di Majlis perpisahan Us Nasir..

Majlis Memperingati Peristiwa Israk dan Mikraj

Nama Program : Majlis Memperingati Peristiwa Israk dan Mikraj Peringkat SK Kedawang 2009

Anjuran : Panitia Pendidikan Islam dan Persatuan Agama Islam SK Kedawang.
Tempat : Masjid Ar-Rahman, Kedawang
Penglibatan : Murid Tahun 6
Tarikh / Masa : 23 Julai 2009 / 10.30pg hingga 12.30 tgh
Jemputan :
1. Ustaz Abdullah Ahmad dari SKM Tunku Putra, Pdg Matsirat (Penceramah).
2. Kumpulan Nasyid Maahad Mahmud Langkawi.

Ulasan :

Majlis berjalan lancar dengan penglibatan menyeluruh semua guru2 pagi. Murid juga dimaklumkan awal tentang program. Keseluruhannnya majlis dianjurkan berjaya mencapai objektif yang digariskan.

Gambar :

Ustaz Abdullah sedang menyampaikan ceramah..

Sebahagian dari hadirin yang terlibat..

Mendapat penyertaan dan sokongan dari semua guru..

Persembahan kumpulan nasyid Maahad Mahmud Langkawi..

Bergambar kenangan di halaman sekolah sebelum berangkat pulang..Terima kasih..

Sunday, April 26, 2009

KEM BESTARI SOLAT 2009 FASA 2

24-25/4/2009 - (JUMAAT - SABTU)
Alhamdulillah, pihak unit j-QAF SK Kedawang telah berjaya merancang serta melaksanakan kesinambungan program Kem Bestari Solat bagi tahun ini untuk kali yang kedua. Penglibatan fasilitator, rakan j-QAF serta peserta amat baik walaupun di kedua-dua hari program hujan turun dengan lebatnya, ini tidak merencatkan kem kerana hampir keseluruhan kem ini dijalankan di lokasi berbumbung. 
Penelitian sepanjang kem menunjukkan ada beberapa aspek yang perlu diambil perhatian oleh jawatankuasa kem pada masa akan datang iaitu berkaitan kehadiran peserta yang kurang memuaskan, selain itu pihak jawatankuasa kem juga perlu memperbaiki aspek penilaian peserta seperti borang penilaian mestilah berlainan warna untuk memudahkan pengasingan peserta mengikut aliran tahun.
Keseluruhannya kem fasa ke 2 ini telah mencapai objektif yang telah digariskan. Penumpuan latih tubi secara intensif sedikit menampakkan impak yang positif yang pastinya akan diteruskan pada fasa yang seterusnya. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan kem fasa ke 2 ini, terutama tuan guru besar yang sudi meluangkan masa memantau perjalanan kem ini. Terima kasih semua..









Sunday, April 5, 2009

Bilik j-QAF dengan mozek baru..

Alhamdulillah, dan terima kasih kepada pentadbiran SK Kedawang kerana sudi meluluskan permohonan pihak Unit j-QAF SK Kedawang untuk memasang mozek dalam bilik j-QAF. Terima kasih yang tak terhingga dititipkan buat Cikgu Din, Cikgu Zifni dan Ustaz Radzi atas usaha kalian sehingga impian kami untuk menjadikan bilik j-QAF kami seselesa mungkin tercapai, bukan untuk guru2 tapi untuk anak-anak kami warga SK Kedawang.. 





Tahniah buat semua warga j-QAF SK Kedawang, InsyaAllah anugerah ini akan lebih menyuntik semangat kita untuk terus maju dalam meningkatkan prestasi kita di masa hadapan..

Saturday, April 4, 2009

'TOUCH-UP' SURAU SAMA2..!

---------------------------------------------------------------------------------
Tempat : Surau As-Solihin
Tarikh : 4 April 2009
Masa : 9.00 pg - 2.00 ptg
Penglibatan : Semua GPI SK Kedawang
---------------------------------------------------------------------------------
Sedang siapkan carta organisasi surau dengan penuh konsentrasi depan ketua panitia yang tengah 'memantau' kerja2 anak2 buah...haha lawak ja..

Pakat bawak anak masing2...maklumla pengasuh takmau jaga...kan cuti..

Ustaz Izwan rajin lak hari ni...taktau pasaipa..mesti ada pasai ni..hmmmm heheh

Siap bukak2 fail lagi, nampak rajin betul... Adakah ini satu lakonan? Anda nilailah sendiri...

Bila jarum jam dah berhimpun kat angka 12 mula la kerja jadi berat semacam...ibarat macam mengangkat kotak2 pinggan mangkuk isteri dalam Idaman Suri..hmmm

Last2 ajak anakanda hiburkan hati...main game..

Tapi apa pun yang berlaku, tanggal 4 April telah berjaya menyelesaikan banyak kerja yang tertangguh sekian lama..Tahniah GPI SK Kedawang..

KEINSAFAN...