Tuesday, October 28, 2008

SEKITAR IHTIFAL j-QAF DAN MKQ NEGERI KEDAH 2008

Persembahan Pasukan Dikir Barat SK Kedawang mewakili Daerah Langkawi dalam Ihtifal j-QAF dan Majlis Khatam Al-Quran Sekolah2 Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Negeri Kedah yg berlangsung di SMK Kuala Nerang pada 18 Oktober yang lalu. [Lihat video di bawah]

Pasukan kita berjaya mendapat tempat ketiga bagi keseluruhan daerah yang bertanding. Diucapkan tahniah kepada semua yang bertungkus lumus menjayakan pasukan ini terutamanya cikgu Kasyfullah, cikgu Samsuddin, cikgu Puteri, cikgu Wan Azizah, cikgu Zifni, Ustazah Azaliza, Ustaz Nasir dan semua individu yg memberi sumbangan samada secara langsung mahupun tidak langsung.. 

Sedikit warna-warni majlis ingin dikongsikan bersama..

Cikgu Kasya dan Cikgu Sudin sibuk melayan karenah anak2 mereka. Berbetulan pula mereka diamanahkan sebagai guru pengiring pasukan Dikir Barat bersama Ustazah Azaliza dan Cikgu Puteri Nurul Aish.

Bersahaja dan penuh warna-warni. Yang paling mahai kain sampin...diperbuat daripada batik tenun asli keluaran Haji Ismail Group.

Pose yang istimewa yang sempat dirakam. Gaya ini diilhamkan oleh seorang guru bernama cikgu Rizal...penuh gemalai..


video


KEINSAFAN...