Monday, September 8, 2008

Pesta Beribadah Telah Bermula..

Sepanjang Ramadhan yang penuh berkah ini pihak Persatuan Agama Islam SK Kedawang dengan kerjasama Badan Kebajikan Staf SK Kedawang mengatur beberapa pengisian dengan hasrat untuk memeriahkan lagi suasana pesta ibadah di SKKD.

Bermula dari awal Ramadhan lagi aktiviti seperti Tadarus Al-Quran dan Solat Sunat Tarawih dilakukan di Surau As-Solihin. Kehadiran guru-guru serta sebahagian murid menyertai solat tarawih berjamaah di surau sekolah amat bermakna dalam menjadikan kemeriahan Ramadhan kali ini dapat dikongsi bersama warga SK Kedawang.


Penglibatan guru-guru dan murid mengimarahkan surau As-Solihin dengan Solat Tarawih berjamaah


Solat Tarawih yang di imamkan oleh Al-Fadhil Ustaz Ahmad Nasir Awang

Jamuan moreh di sediakan oleh Ustaz Izwan. Walaupun ala kadar tapi sudah cukup mengisi perut yang dah kenyang.



Kehadiran Cikgu Din GB SK Kedawang memberi semangat urusetia Sekretariat Ihya Ramadhan untuk menggiatkan lagi program Imarah Ramadhan tahun ini.

Spiderman pun tau mai sembahyang terawih!


Tadarus Al-Quran membabitkan murid Tahun 5 dan 6 di adakan pada waktu rehat


KEINSAFAN...