Wednesday, November 12, 2008

KEM LITERASI AL-QURAN 2008

12 NOV 2008 - PROGRAM TERAKHIR sebelum menutup tirai aktiviti j-QAF Daerah Langkawi pada sesi persekolahan 2008 ialah Kem Literasi Al-Quran yang diadakan di Masjid Al-Hana, Kuah Langkawi dengan melibatkan murid-murid iqra 1-3 sekolah-sekolah program j-QAF di Langkawi.

Kem Literasi Al-Quran kali ini melibatkan seramai 80 orang peserta dan 20 orang Fasilitator. Kem ini bermatlamat untuk membimbing murid-murid yang belum menguasai kemahiran Iqra' sehingga sekurang-kurangnya menguasai Iqra' 4. Setiap sekolah yang melaksanakan program j-QAF perlu menghantar sekurang-kurangnya 5 orang peserta ke kem tersebut. j-QAF SK Kedawang menghantar 8 orang pelajar dari kalangan murid tahun 3 mewakili SK Kedawang ke program tersebut.

Berikut antara gambar2 semasa kem berlangsung :












KEINSAFAN...