Tuesday, February 10, 2009

MAJLIS PERJUMPAAN BERSAMA KS PENDIDIKAN ISLAM JPN KEDAH


Alhamdulillah petang ini satu majlis perjumpaan guru2 GPI dan j-QAF Daerah Langkawi bersama Ketua Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah telah berjaya dilaksanakan. Kehadiran sebahagian besar GPI dan j-QAF Daerah Langkawi telah memenuhi setiap ruang di Auditorium LADA, mereka tidak melepaskan peluang berjumpa sendiri dengan Ketua Sektor iaitu Pn Hjh Zainab Binti Md Saman bersama barisan pimpinan SPI JPN Kedah iaitu Ustaz Ismail, Ustaz Rushdan, Ustaz Abd Somad dan Ustaz Musa Jayyid.

Perjumpaan ini juga boleh dianggap mencapai matlamat kerana telah berjaya menemukan semua guru pendidikan Islam rendah dan menengah di dalam satu majlis selain ruang dialog yang dibuka untuk para guru mengutarakan persoalan, masalah dan pandangan berhubung keadaan semasa dan masa depan pendidikan Islam di Langkawi khususnya.

Sekalung tahniah buat penganjur yang berjaya memastikan majlis ini berjalan dengan baik seterusnya sejambak penghargaan kepada warga SPI JPN Kedah khususnya Puan Ketua Sektor Ustazah Zainab binti Md Saman serta barisan hulubalang-hulubalangnya yang dikagumi kesetiaan dan kesungguhan mereka. Juga sekalung tahniah kepada seluruh warga pendidikan Islam Langkawi kerana telah berjaya mengutip sejumlah sumbangan bagi disalurkan kepada saudara-saudara kita di Palestin melalui perantara Aman Palestin.



Tidak terlewat juga bagi pihak j-QAF SK Kedawang mengucapkan TAHNIAH kepada Puan Ketua Sektor, Ustazah Zainab bt Md Saman di atas penerimaan anugerah BCK yang baru diterima beberapa hari yang lalu. Tahniah Ustazah..!!



KEINSAFAN...