Sunday, January 11, 2009

Semangat Tahun Baru 1430H / 2009M

Permulaan tahun ini Alhamdulillah berjalan lancar. Masing-masing guru mengambil kesempatan awal tahun persekolahan 2-3 hari ni membuat persiapan mengemaskini fail, lengkapkan RPH dan macam2 lagi. Panitia Agama Islam dilihat begitu bersemangat dengan berbagai perancngan yang disusun, surau As-Solihin antara yang paling awal di 'touch-up' dengan langsir baru. Tahniah, satu permulaan yang baik, bukan sekadar tirai baru tapi azam juga mesti baru dalam usaha mengimarah serta menghidupkan lagi surau kita yang sedia meriah sebelum ini...









Thursday, November 13, 2008

LABUH TIRAI SESI 2008

Tahun 2008 persekolahan akan menutup tirainya hari ini. Pihak j-QAF SK Kedawang mengambil kesempatan memohon jutaan kemaafan jika sepanjang sesi persekolahan tahun ini terdapat salah dan silap yang sengaja atau tidak sengaja dilakukan. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa-dosa kita dan diberkati setiap amalan kita sepanjang perkhidmatan kita tahun ini. Harap berjumpa lagi tahun hadapan. Kami mendoakan semua anak2 didik kami diberkati dan dilindungi Allah selalu. 

Selamat bercuti dan jumpa lagi tahun hadapan...

MOHD ROKHAIMI BIN ZAKARIA
AHMAD NASIR BIN AWANG
NAZMI BIN NATZERI
SABRIAH BINTI WAHAB
NOR AZALIZA BINTI MUSA
SITI RASHIDAH BINTI MAT NOOR
Tahun depan tambah lagi sorang InsyaAllah..

Wassalamualaikum...........................................

Wednesday, November 12, 2008

KEM LITERASI AL-QURAN 2008

12 NOV 2008 - PROGRAM TERAKHIR sebelum menutup tirai aktiviti j-QAF Daerah Langkawi pada sesi persekolahan 2008 ialah Kem Literasi Al-Quran yang diadakan di Masjid Al-Hana, Kuah Langkawi dengan melibatkan murid-murid iqra 1-3 sekolah-sekolah program j-QAF di Langkawi.

Kem Literasi Al-Quran kali ini melibatkan seramai 80 orang peserta dan 20 orang Fasilitator. Kem ini bermatlamat untuk membimbing murid-murid yang belum menguasai kemahiran Iqra' sehingga sekurang-kurangnya menguasai Iqra' 4. Setiap sekolah yang melaksanakan program j-QAF perlu menghantar sekurang-kurangnya 5 orang peserta ke kem tersebut. j-QAF SK Kedawang menghantar 8 orang pelajar dari kalangan murid tahun 3 mewakili SK Kedawang ke program tersebut.

Berikut antara gambar2 semasa kem berlangsung :












KEINSAFAN...