Wednesday, October 8, 2008

KEJAYAAN ANAK-ANAK SK KEDAWANG..



Pada 6hb Oktober yang lalu berlangsung Majlis Khatam Al-Quran peringkat Daerah Langkawi. Majlis yang berlangsung selama sehari itu diadakan di Sekolah Kebangsaan Ulu Melaka mempertandingkan 4 acara iaitu Dikir Barat Bahasa Arab, Kalam Jamaie, Kuiz j-QAF dan Tilawah Al-Quran. SK Kedawang pada majlis tahun ini berjaya menggondol Johan dalam acara Dikir Barat Bahasa Arab dan tempat ketiga dalam acara Kalam Jamaie (lihat Harian Metro,7 Okt 2008), (Berita Harian, 8 Okt 2008).

Tahniah buat anak-anak Kedawang, anda semua sememangnya hebat!!

Wednesday, September 17, 2008

SAMBUTAN MALAM NUZUL AL-QURAN

Semalam sempena 17 Ramadhan peristiwa Nuzul Al-Quran pihak urusetia sambutan Ihya' Ramadhan SK Kedawang mengadakan majlis bagi menghayati peristiwa tersebut. Sambutan yang diberikan oleh warga kedawang amat menggalakkan dan telah memeriahkan lagi majlis ini.

Al-Fadhil Ustaz Abdul Malik Bin Isa menyampaikan tazkirah sempena Nuzul Al-Quran.

Jamuan moreh di adakan sejurus selepas tazkirah yang berakhir kira2 jam 11 malam.

Warga SK Kedawang kelihatan khusyuk mendengar alunan ayat2 suci al-Quranul Karim.


Bacaan ayat2 suci Al-Quranul-Karim di sampaikan oleh anakanda Mohd Hanis bin Raseli dari tahun 6B


Monday, September 8, 2008

Pesta Beribadah Telah Bermula..

Sepanjang Ramadhan yang penuh berkah ini pihak Persatuan Agama Islam SK Kedawang dengan kerjasama Badan Kebajikan Staf SK Kedawang mengatur beberapa pengisian dengan hasrat untuk memeriahkan lagi suasana pesta ibadah di SKKD.

Bermula dari awal Ramadhan lagi aktiviti seperti Tadarus Al-Quran dan Solat Sunat Tarawih dilakukan di Surau As-Solihin. Kehadiran guru-guru serta sebahagian murid menyertai solat tarawih berjamaah di surau sekolah amat bermakna dalam menjadikan kemeriahan Ramadhan kali ini dapat dikongsi bersama warga SK Kedawang.


Penglibatan guru-guru dan murid mengimarahkan surau As-Solihin dengan Solat Tarawih berjamaah


Solat Tarawih yang di imamkan oleh Al-Fadhil Ustaz Ahmad Nasir Awang

Jamuan moreh di sediakan oleh Ustaz Izwan. Walaupun ala kadar tapi sudah cukup mengisi perut yang dah kenyang.



Kehadiran Cikgu Din GB SK Kedawang memberi semangat urusetia Sekretariat Ihya Ramadhan untuk menggiatkan lagi program Imarah Ramadhan tahun ini.

Spiderman pun tau mai sembahyang terawih!


Tadarus Al-Quran membabitkan murid Tahun 5 dan 6 di adakan pada waktu rehat


KEINSAFAN...