Thursday, November 6, 2008

MALAM TAUTAN KASIH 2008

Baru-baru ini pihak PIBG SK Kedawang mengorak selangkah ke hadapan dalam usaha memantapkan lagi aktiviti tahunannya. Dengan kerjasama Aseania Hotel pihak PIBG SK Kedawang berjaya menganjurkan majlis makan malam amal yang berjaya mencapai sasaran kutipan dana untuk aktiviti tahun hadapan. Kerjasama erat antara para waris dan pihak sekolah begitu jelas nyata dengan penganjuran majlis yang disifatkan amat harmoni dan berjaya ini.

Pada malam tersebut majlis dimulakan dengan ucapan aluan guru besar dan VIP jemputan, seterusnya diteruskan dengan majlis jamuan sambil diselangi dengan cabutan bertuah dan persembahan pelajar. Antara persembahan pada malam itu ialah Sketsa Doktor Muda yang mendapat tempat Kedua Kebangsaan, Dikir Barat Bahasa Arab yang mendapat tempat ketiga peringkat Negeri, Kalam Jamaie yang mendapat tempat ketiga daerah. Selain itu terdapat persembahan2 lain yang mewarnai lagi majlis yang penuh dengan kemeriahan itu. 

Pihak j-QAF SK Kedawang mengucapkan tahniah dan syabas kepada warga kerja Majlis Malam Tautan Kasih 2008 yang bertungkus lumus dalam menjayakan majlis yang julung2 kali diadakan ini.

Berikut dititipkan antara panorama menarik sepanjang majlis berlangsung :
















Tuesday, October 28, 2008

SEKITAR IHTIFAL j-QAF DAN MKQ NEGERI KEDAH 2008

Persembahan Pasukan Dikir Barat SK Kedawang mewakili Daerah Langkawi dalam Ihtifal j-QAF dan Majlis Khatam Al-Quran Sekolah2 Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Negeri Kedah yg berlangsung di SMK Kuala Nerang pada 18 Oktober yang lalu. [Lihat video di bawah]

Pasukan kita berjaya mendapat tempat ketiga bagi keseluruhan daerah yang bertanding. Diucapkan tahniah kepada semua yang bertungkus lumus menjayakan pasukan ini terutamanya cikgu Kasyfullah, cikgu Samsuddin, cikgu Puteri, cikgu Wan Azizah, cikgu Zifni, Ustazah Azaliza, Ustaz Nasir dan semua individu yg memberi sumbangan samada secara langsung mahupun tidak langsung.. 

Sedikit warna-warni majlis ingin dikongsikan bersama..

Cikgu Kasya dan Cikgu Sudin sibuk melayan karenah anak2 mereka. Berbetulan pula mereka diamanahkan sebagai guru pengiring pasukan Dikir Barat bersama Ustazah Azaliza dan Cikgu Puteri Nurul Aish.

Bersahaja dan penuh warna-warni. Yang paling mahai kain sampin...diperbuat daripada batik tenun asli keluaran Haji Ismail Group.

Pose yang istimewa yang sempat dirakam. Gaya ini diilhamkan oleh seorang guru bernama cikgu Rizal...penuh gemalai..




Tuesday, October 21, 2008

SELAMAT BERKURSUS!

Kursus Pemantapan Guru-Guru j-QAF 2008 bagi daerah Langkawi bermula dengan lancar dengan majlis dimulakan dengan slot Cetusan Minda yang disampaikan oleh Ustaz Rifae bin Ismail Pegawai jQAF Daerah Baling/Sik. Kursus ini akan berlangsung selama 2 hari bertempat di PKG Kuah, Langkawi akan berakhir dengan ucapan penutup serta rumusan kursus yang akan dikendalikan oleh Tn Hj Mohd Rushdan Azizan Penolong Pengarah Kurikulum (Teras) JPN Kedah. Semoga program tahunan anjuran JPN ini akan memberi input berguna kepada warga pendidik di Daerah Langkawi khususnya warga j-QAF. InsyaAllah j-QAF Tanpa Gagal.














KEINSAFAN...