Sunday, July 27, 2008

KELAB RAKAN j-QAF SK KEDAWANG

PENGENALAN

Program jQAF yang digagaskan oleh YAB Perdana Menteri merupakan satu program mega bagi membentuk modal insan berminda kelas pertama melalui pembentukan sahsiah serta peribadi muslim bermula dari sekolah rendah lagi. Program ini amat memerlukan kerja keras dari semua pihak khususnya para guru, ibu bapa dan pelajar bagi memastikan ianya terlaksana seperti yang telah digariskan. Untuk itu pihak Panitia Pendidikan Islam bercadang menubuhkan sebuah organisasi yang diberi nama Kelab Rakan j-QAF SK Kedawang. Kelab ini diwujudkan bagi memperkasakan lagi tenaga yang ada di sekolah bagi sama-sama berusaha merealisasikan hasrat memperkasakan pendidikan Islam. Adalah menjadi harapan semua agar penubuhan kelab ini akan dapat menyumbang ke arah memperkasakan lagi j-QAF di sekolah ini dan juga InsyaAllah di seluruh negara.

OBJEKTIF

Ø Menjana tenaga ahli kelab sebagai mentor Bestari Solat, Khatam Al-Quran, Jawi dan Bahasa Arab bagi murid-murid j-QAF SK Kedawang.

Ø Memanfaatkan tenaga ahli kelab dalam setiap program yang berkaitan dengan pendidikan Islam di SK Kedawang.

Ø Mewujudkan rasa kebersamaan di kalangan ahli kelab untuk mendidik dan membimbing murid-murid j-QAF ke arah menjadi insan kamil.

Ø Merapatkan ukhuwah Islamiah di antara guru dengan murid dan murid dengan murid.


SASARAN

Murid-murid terpilih dari Tahun 5 dan 6 .


AKTIVITI


Sebahagian dari ahli-ahli Kelab Rakan j-QAF yang hadir semasa Kem Bestari Solat fasa 2 yang lalu.


Sebagai fasilitator semasa Kem Bestari Solat 2008 Fasa 2


Ahli Kelab Rakan j-QAF juga terlibat sebagai pengiring kontinjen peserta ke Majlis Khatam Al-Quran peringkat daerah tahun 2007


Ahli Kelab juga terlibat dalam gotong-royong membersihkan kawasan dalam masjid Kedawang dan persekitarannya pada sambutan Maal Hijrah tahun lalu.

No comments:

KEINSAFAN...