Thursday, February 26, 2009

Majlis ' MALAMKU DI GHAZZAH ' berjaya..


Solat Maghrib berjamaah diimamkan oleh Ustaz Ahmad Nasir Awang

Sebahagian murid-murid Tahun 6 yang hadir memeriahkan majlis

Memberi tumpuan taklimat kaifiyat bacaan Yassin yang disampaikan oleh Ustaz Haizad Saad

Anak-anak puteri tidak melepaskan peluang turut serta membaca yassin bersama

Guru-guru Tahun 6 selaku AJK Unit UPSR serta guru-guru pendidikan Islam turut serta dalam majlis bacaan Yasin


Solat Isyak berjamaah diimamkan oleh Ustaz Haizad


Tayangan Video Malamku di Ghazzah disediakan oleh Ustaz Mohd Rokhaimi berjaya menarik tumpuan hadirin


Cikgu Samsudin dan Cikgu Habsah penuh penghayatan mendeklamasikan sajak yang dihasilkan mereka sendiri buat anak-anak Ghazzah



Alhamdulillah...itulah puji-pujian yang terbit dari mulut semua pelaksana majlis Malamku di Ghazzah atas kejayaan melaksanakn majlis tersebut dan mampu membuatkan segenap hadirin mengalirkan airmata keinsafan. Majlis dianjurkan Persatuan Agama Islam SK Kedawang dengan kerjasama Unit UPSR dan Unit Bimbingan Kaunseling ini telah melibatkan murid-murid tahun 6 serta semua guru. Majlis bermula dengan solat maghrib berjamaah yang diadakan di laman kantin SK Kedawang diimamkan oleh Ustaz Ahmad Nasir Awang, kemudian disusuli majlis bacaan Yassin yang diketuai oleh Ustaz Haizad Saad sehingga masuk waktu Isyak. Selesai solat Isyak majlis dimulakan dengan Aluan Tuan Guru Besar Cikgu Din bin Ibrahim, beliau menekankan tentang peri-pentingnya menuntut ilmu serta besarnya ganjaran bagi sesiapa yang menghadiri majlis2 ilmu. Majlis diteruskan selepas itu dengan tayangan video Malamku di Ghazzah yang membawa hadirin menelusuri sejarah pertelagahan umat Palestin dengan yahudi serta membawa para hadirin mengikuti perit jerih warga palestin menghadapi peperangan, saat yang paling menyentuh hati apabila di tengah2 paparan wajah2 anak-anak Palestin yang terkorban muncul Cikgu Samsudin dan Cikgu Habsah mendeklamasikan sajak bertajuk Sajak SEORANG IBU UNTUK ALMARHUM ANAKNYA DI GAZA. Natijahnya hampir semua hadirin mangalirkan air mata. Majlis diakhiri dengan pengedaran broucher Boikot Barangan Amerika/Israel kepada hadirin.

Akhirnya tahniah buat warga pelaksana yang terlibat merancang serta menjayakan majlis ini. Semoga usaha kita memberi natijah berguna untuk anak-anak didik kita dan seterusnya buat ummah seluruhnya.






No comments:

KEINSAFAN...