Saturday, April 4, 2009

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL dan MAJLIS PERPISAHAN GURU BESAR

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Nama Program : Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2009
Tempat : SK Kedawang dan Masjid Ar-Rahman 
Tarikh : 31 April 2009
Masa : 8.00 pg - 12.00tgh
Penyelaras : Ustaz Ahmad Nasir Awang
Penglibatan : Semua Guru.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Murid khusyuk menyaksikan persembahan dari pasukan Kompang Selawat, Tilawah Al-Quran, Hafaz Al-Quran dan Bercerita yang telah menyertai Majlis Tilawah Al-Quran peringkat daerah yang lalu.

Peserta bercerita Adik Syamiza Syahira sedang menyampaikan ceritanya.

Majlis Maulidur Rasul disempurnakan dengan sesi ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Malik Isa dari SK Kelibang

Pelajar perempuan memenuhi ruang belakang masjid

Tahap disiplin pelajar semasa dalam masjid boleh dikira memuaskan. 

Ustaz Ahmad Nasir memperkenalkan penceramah jemputan Ustaz Abdul Malik Isa

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Nama Program : Majlis Jamuan Perpisahan Tn Hj Din bin Ibrahim
Tempat : Kafeteria SK Kedawang
Tarikh : 31 April 2009
Masa : 12.00tgh
Penyelaras : Badan Kebajikan Staf (Ustaz Zamferi Ibrahim)
Penglibatan : Semua Guru.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Cikgu Din kelihatan mencedok nasik untuk semua guru, 'khidmat' terakhir beliau sebelum memulakan khidmat di sekolah baru, SK Kelibang.

Ustaz Izwan dan Cikgu Azrul sedang cuba mendapatkan ketulan ayam yang terakhir dalam
tray..yang akhirnya dimenangi oleh ustaz Izwan..haha

Dalam masa lima minit saja semua cikgu dah dapat makan, memang depa pakar dalam aspek2 'menguruskan' makanan nii.. 

Sayonara Cikgu Din, semoga kenangan manis bersama cikgu akan dikenang sampai bila2..

Tuesday, March 10, 2009

KEM BESTARI SOLAT 2009 Fasa 1

Tempat : SK Kedawang, Langkawi.
Tarikh : 09 Mac 2009
Masa : Sesi 1 : 7.40pg - 12.00tgh dan Sesi 2 : 3.00ptg - 6.30ptg
Fasilitator : Us Ahmad Nasir Awang, Us Mohd Izwan Idris, Us Haizad Saad, Us Nazmi Natzeri, Us Saudah Ahmad, Us Che Salmah Abdullah, Us Sabriah Wahab, Us Nor Azaliza Musa, Us Siti Rashidah Md Noor, Us Rafidah Rashid, Us Maimunah Md Zain, Us Haslina Hashim.

Barisan Ahli Jawatankuasa Kelab Rakan j-QAF yang terlibat mengendalikan Kem Bestari Solat 2009 Fasa 1

Us Nasir dan Us Rokhaimi lama sangat berdiri, so nak rehat sat..

Para fasilitator tekun membimbing serta menilai pencapaian kemahiran murid
 
Us Rokhaimi mengendalikan slot Asas Wudhuk untuk murid Tahun 1

Solat Asar berjamaah bersama2 fasilitator

Murid perempuan pun solat berjamaah bersama

Tayangan video Asas2 Solat yang berbentuk animasi kartun menarik minat murid

Makan time!

Borang Penilaian yang digunakan bagi menilai pencapaian peserta. Akan digunakan sepanjang 4 fasa kem bagi menilai perkembangan kemahiran peserta.

Thursday, February 26, 2009

Majlis ' MALAMKU DI GHAZZAH ' berjaya..


Solat Maghrib berjamaah diimamkan oleh Ustaz Ahmad Nasir Awang

Sebahagian murid-murid Tahun 6 yang hadir memeriahkan majlis

Memberi tumpuan taklimat kaifiyat bacaan Yassin yang disampaikan oleh Ustaz Haizad Saad

Anak-anak puteri tidak melepaskan peluang turut serta membaca yassin bersama

Guru-guru Tahun 6 selaku AJK Unit UPSR serta guru-guru pendidikan Islam turut serta dalam majlis bacaan Yasin


Solat Isyak berjamaah diimamkan oleh Ustaz Haizad


Tayangan Video Malamku di Ghazzah disediakan oleh Ustaz Mohd Rokhaimi berjaya menarik tumpuan hadirin


Cikgu Samsudin dan Cikgu Habsah penuh penghayatan mendeklamasikan sajak yang dihasilkan mereka sendiri buat anak-anak Ghazzah



Alhamdulillah...itulah puji-pujian yang terbit dari mulut semua pelaksana majlis Malamku di Ghazzah atas kejayaan melaksanakn majlis tersebut dan mampu membuatkan segenap hadirin mengalirkan airmata keinsafan. Majlis dianjurkan Persatuan Agama Islam SK Kedawang dengan kerjasama Unit UPSR dan Unit Bimbingan Kaunseling ini telah melibatkan murid-murid tahun 6 serta semua guru. Majlis bermula dengan solat maghrib berjamaah yang diadakan di laman kantin SK Kedawang diimamkan oleh Ustaz Ahmad Nasir Awang, kemudian disusuli majlis bacaan Yassin yang diketuai oleh Ustaz Haizad Saad sehingga masuk waktu Isyak. Selesai solat Isyak majlis dimulakan dengan Aluan Tuan Guru Besar Cikgu Din bin Ibrahim, beliau menekankan tentang peri-pentingnya menuntut ilmu serta besarnya ganjaran bagi sesiapa yang menghadiri majlis2 ilmu. Majlis diteruskan selepas itu dengan tayangan video Malamku di Ghazzah yang membawa hadirin menelusuri sejarah pertelagahan umat Palestin dengan yahudi serta membawa para hadirin mengikuti perit jerih warga palestin menghadapi peperangan, saat yang paling menyentuh hati apabila di tengah2 paparan wajah2 anak-anak Palestin yang terkorban muncul Cikgu Samsudin dan Cikgu Habsah mendeklamasikan sajak bertajuk Sajak SEORANG IBU UNTUK ALMARHUM ANAKNYA DI GAZA. Natijahnya hampir semua hadirin mangalirkan air mata. Majlis diakhiri dengan pengedaran broucher Boikot Barangan Amerika/Israel kepada hadirin.

Akhirnya tahniah buat warga pelaksana yang terlibat merancang serta menjayakan majlis ini. Semoga usaha kita memberi natijah berguna untuk anak-anak didik kita dan seterusnya buat ummah seluruhnya.






KEINSAFAN...